Dr M: Ganti pimpinan Umno sekarang
|
Dr M: Ganti pimpinan Umno sekarang |
| Apr 12, 08 11:04pm |
Peralihan pucuk kepimpinan Umno harus dilakukan sekarang bagi memastikan Umno dapat dipulihkan dan memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi semula negeri-negeri yang ditawan oleh pembangkang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Mantan perdana menteri berkata kerja untuk memulihkan parti akan mengambil masa yang panjang dan "kita akan ada pilihanraya tidak lebih dari lima tahun.""Lima tahun bukan satu masa yang panjang. Jadi jika tidak diadakan peralihan sekarang, kita mungkin tidak cukup masa untuk menarik balik orang parti kita yang telah mengundi parti lawan, terutama jika parti lawan cekap, (dan) mereka membuat pemerintahan yang cukup baik di Kedah, Pulau Pinang dan juga Selangor, masa itu kita sudah tidak dapat balik, sebab itu kita perlu bertindak sekarang," katanya. Dr Mahathir berkata demikian kepada media selepas berucap pada forum "Krisis Kepimpinan Melayu Pasca Pilihanraaya Umum ke-12: Di Mana Silapnya" di Kajang hari ini. Beliau mengulas kenyataan naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berbincang mengenai pelan peralihan kuasa dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut laporan Bernama lagi, Dr Mahathir berkata jika benar peralihan kuasa itu akan diadakan, cara itulah yang terbaik dan pertukaran antara perdana menteri dengan timbalannya sepatutnya berjalan dengan licin. Pinda perlembagaan Dr Mahathir berkata beliau tidak ada kena-mengena dengan proses peralihan kuasa itu. "Jelas bahawa daripada menyalahkan saya atau menyalahkan orang lain, beliau perlu bertanggungjawab kerana perkara ini berlaku semasa tempoh beliau memegang jawatan," katanya. ‘Saya akan tegur’ Dr Mahathir berkata beliau akan terus memberi kritikan dan teguran kepada pemimpin Umno tanpa mengira siapa yang menggantikan Abdullah. |
Mantan perdana menteri berkata kerja untuk memulihkan parti akan mengambil masa yang panjang dan "kita akan ada pilihanraya tidak lebih dari lima tahun."