Archive for April, 2008

PM: Saya juga punca BN merosot

Friday, April 18th, 2008
PM: Saya juga punca BN merosot
Apr 11, 08 6:08pm
kemaskini 7:45pm Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui secara terbuka hari ini bahawa beliau antara punca kemerosotan undi BN pada pilihanraya umum 8 Mac.

Abdullah berkata, disebabkan perkara tersebut beliau berasa bertanggungjawab berbuat sebaik-baiknya bagi memulihkan BN dan Umno.

"Saya merasakan saya adalah penyebab kepada ‘pembuangan undi’ (undi tidak diberikan) kepada Barisan Nasional.

"Dan saya merasakan bertanggungjawab untuk membuat najib abdullah umno 100408sebaiknya-baiknya untuk memulihkan BN dan Umno," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan badan perhubungan Umno negeri petang ini.

Pertemuan lebih dua jam itu menjadi perhatian utama selepas Umno negeri dilaporkan akan "mendesak secara lembut" pengunduran Abdullah sebagai memikul tanggungjawab kekalahan teruk BN dan Umno dalam pilihanraya umum ke-12.

Umno Johor hari ini mencadangkan Abdullah menyediakan "pelan tindakan peralihan" penggantinya tanpa memberikan tarikh beliau harus berundur - konsensus yang dicapai negeri itu pada mesyuarat 5 April lalu.

Pertemuan itu diketuai oleh menteri besar, yang juga ketua badan itu, Datuk Abdul Ghani Othman.

Turut hadir, menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Muhyiddin Yassin (juba naib presiden Umno), menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Ketua Pemuda Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak hadir kerana ada urusan rasmi di luar negara.

Menurut agensi Bernama lagi, perdana menteri menyedari banyak  perubahan dijanjikannya kepada rakyat masih belum ditunaikan sehingga kini.

Perubahan itu, antaranya, reformasi sistem kehakiman, pembanterasan rasuah, mengawal jenayah dan merapatkan hubungan antara kaum.

Dr M: Ganti pimpinan Umno sekarang

Friday, April 18th, 2008

Dr M: Ganti pimpinan Umno sekarang

Apr 12, 08 11:04pm
Peralihan pucuk kepimpinan Umno harus dilakukan sekarang bagi memastikan Umno dapat dipulihkan dan memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi semula negeri-negeri yang ditawan oleh pembangkang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
   
mahathir mohamad 180108Mantan perdana menteri berkata kerja untuk memulihkan parti akan mengambil masa yang panjang dan "kita akan ada pilihanraya tidak lebih dari lima tahun."
   
"Lima tahun bukan satu masa yang panjang. Jadi jika tidak diadakan peralihan sekarang, kita mungkin tidak cukup masa untuk menarik balik orang parti kita yang telah mengundi parti lawan, terutama jika parti lawan cekap, (dan) mereka membuat pemerintahan yang cukup baik di Kedah, Pulau Pinang dan juga Selangor, masa itu kita sudah tidak dapat balik, sebab itu kita perlu bertindak sekarang," katanya.
   
Dr Mahathir berkata demikian kepada media selepas berucap pada forum "Krisis Kepimpinan Melayu Pasca Pilihanraaya Umum ke-12: Di Mana Silapnya" di Kajang hari ini.
   
Beliau mengulas kenyataan naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berbincang mengenai pelan peralihan kuasa dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan Bernama lagi, Dr Mahathir berkata jika benar peralihan kuasa itu akan diadakan, cara itulah yang terbaik dan pertukaran antara perdana menteri dengan timbalannya sepatutnya berjalan dengan licin.

Pinda perlembagaan
   
"Kebanyakan daripada ahli sudah hendak kepada peralihan, beliau (Abdullah) mesti respons kepada desakan ini dan buat dengan cara baik. Kalau tidak nanti, nak ada  mesyuarat untuk pinda perlembagaan, lepas tu undi tidak percaya… Semua ini bagi imej beliau rosak sahaja," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata beliau tidak ada kena-mengena dengan proses peralihan kuasa itu.
   
"Tak ada kena-mengena dengan saya. Saya tidak terlibat dalam perkara ini. Beliau (Abdullah) perlu melakukan apa yang perlu untuk parti.

"Jelas bahawa daripada menyalahkan saya atau menyalahkan orang lain, beliau perlu bertanggungjawab kerana perkara ini berlaku semasa tempoh beliau memegang jawatan," katanya.
   
Ditanya mengenai calon yang perlu diketengahkan sebagai pengganti perdana menteri, Dr Mahathir berkata tradisi parti perlu diikuti sekiranya Abdullah meletakkan jawatan.
   
"Parti punya tradisi bahawa apabila ketua letak jawatan ataupun undur maka timbalan akan ambil alih," katanya.

‘Saya akan tegur’
   
Kepada soalan sama ada beliau menyokong Najib sebagai pengganti, Dr Mahathir berkata: "Ini bukan soal saya menyokong Najib atau tidak, ini soal tradisi."
   
Dr Mahathir berkata untuk kebaikan, Abdullah mesti meletak jawatan sekarang.
   
"Tetapi jika beliau menunggu sehingga perhimpunan agung Umno, kita tidak tahu apa yang orang ini (perwakilan) akan katakan.
   
"Akan ada sesetengah kenyataan yang biadap, mereka kata kenapa anda tidak mahu berundur, anda tahu andalah orangnya (yang menjadi punca), segala jenis tuduhan yang kurang menyenangkan… menuding jari dalam perhimpunan agung Umno," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau akan terus memberi kritikan dan teguran kepada pemimpin Umno tanpa mengira siapa yang menggantikan Abdullah.
   
"Kalau ada benda-benda yang tidak kena yang dilakukan, saya bebas, saya berpendapat saya berhak untuk membuat teguran. Kalau siapa yang naik pun, kalau saya nampak akan merosakkan parti, saya akan tegur," katanya.

Umno tidak sabar lihat PM berundur

Friday, April 18th, 2008
Umno tidak sabar lihat PM berundur
Apr 13, 08 3:23pm
kemaskini 11: 18pm Selepas badan perhubungan Umno Johor mencadangkan "pelan peralihan" kuasa presiden dan perdana menteri, parti itu kelihatan tidak sabar-sabar lagi melihat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Sejak pertemuan Abdullah dengan Umno negeri itu Jumaat lalu, kenyataan-kenyataan agar penggantian dijalankan segera semakin lantang berkumandang - walaupun berlapik.

Ia dimulakan dengan kenyataan naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di akhbar milik parti itu, Mingguan Malaysia hari ini.

Berpandukan kenyataan Muhyiddin di akhbar itu, agensi berita Bernama hari ini melaporkan "Umno akan hanyut dan tidak boleh bangkit lagi sekiranya tidak dilakukan perubahan segera terhadap pucuk pimpinan parti."

najib abdullah 100408Beliau dilaporkan berkata "sekiranya perubahan itu tidak dilakukan segera, Umno juga akan hilang kuasa dan tidak akan bangkit selama-lamanya."

Tokoh Umno itu juga berkata pilihanraya umum lalu menunjukkan perasaan tidak senang hati rakyat terhadap kepimpinan parti - secara tidak langsung  bermaksud gaya kepemimpinan Abdullah yang dilihat mentadbir negara dengan bantuan ahli keluarga dekatnya.

Kini pelbagai pihak dari dalam dan luar parti, lapor agensi itu lagi, memperkatakan soal kepimpinan Umno yang dikaitkan dengan "masalah keluarga" dan sistem yang diamalkan.

Dalam wawancara itu, Muhyiddin berkata:

"Saya bimbang jika tidak ada satu perubahan berlaku seperti mana yang bukan sahaja dituntut oleh Umno tetapi orang luar Umno, rakyat akan terus tolak BN dan Umno.

"Oleh itu, ahli parti harus fikir secara matang, perdana menteri sudah buat kenyataan. Pertama, beliau akan pergi bila sampai waktunya.

"Kedua, beliau menyebut Datuk Seri Najib bakal penggantinya. Ketiga, beliau kata ‘beri saya sedikit masa untuk perbetulkan parti sebelum saya menyerahkan parti kepada pengganti saya.’

"Ramai berkata, itu bagus dan jelas dari segi pelan peralihan kuasa tetapi mereka juga bertanya, bila?"

Beliau menambah, "saya fikir ada satu perasaan membuak-buak di peringkat bawah iaitu perasaan tidak puas hati yang ketara. Oleh itu saya berpendapat, kalau tidak berlaku perubahan dalam Umno maka banyak perkara tidak baik akan terjadi."

Dalam wawancara yang sama, naib presiden Umno itu menyentuh soal tanggapan umum terhadap Abdullah dan menantunya Khairy Jamaluddin.

"Kita hendak tahu, apakah sebenarnya yang menyebabkan kita kalah teruk walaupun di peringkat awal orang sudah membuat andaian-andaian.

"Pertama, mereka sebut soal kepimpinan (Abdullah), mereka menyalahkan perdana menteri yang juga presiden parti dan pengerusi BN.

"Mereka juga mengaitkan dengan apa yang sering disebut ‘fakta KJ’ (faktor Khairy Jamaluddin). Mungkin ia tidak betul atau persepsi tetapi dalam pilihan raya dan politik, persepsi itu penting.

"Ada rakyat yang mengatakan kepimpinan BN tidak menyerlah, lemah dan tidak berupaya menangani keadaan semasa," katanya.

umno 2007 abdullah ahmad badawi 071107Sementara itu, Bernama hari ini juga menghubungi ketua penerangan Umno Johor Dr Mohd Puad Zarkashi bagi mengulas isu pelan penggantian kuasa.

Dr Mohd Puad - dilaporkan seorang daripada beberapa ketua bahagian di Johor yang paling lantang meminta Abdullah berundur dalam mesyuarat minggu lepas - mengulangi gesaannya supaya proses peralihan itu disegerakan "agar tidak menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat".

Ketua bahagian Batu Pahat itu berkata, pelan peralihan kuasa telah menjadi tradisi Umno dan BN seperti penggantian almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj kepada allahyarham Tun Abdul Razak dan ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Abdullah.

"Umno Johor pada perjumpaan dengan Abdullah Jumaat lepas meminta perdana menteri menyediakan pelan peralihan kuasa.

"Ia merupakan sesuatu yang perlu dilaksanakan. Ada juga ketua bahagian yang mahukan pelan itu dilaksanakan dengan segera," beliau dipetik sebagai berkata.

Selain itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo juga menyuarakan nada yang sama dalam satu artikel di blognya semalam.

"Bagi pemimpin Umno, seperti saya dan rakan-rakan ketua bahagian, yang telah dilatih untuk menghormati pemimpin, untuk meminta Pak Lah meletakkan jawatan secara terbuka adalah perbuatan terakhir yang terpaksa dilakukan.

"Selalunya kami tunjukkan secara kiasan atau tidak langsung dengan harapan hasrat itu difahami," katanya.

Beliau juga bersetuju dengan Umno Johor yang mencadangkan Abdullah menyediakan pelan peralihan untuk berundur dan mencari penggantinya.

"Peralihan ini boleh dilakukan dalam waktu terdekat atau jangka masa yang lebih panjang. Namun ia tidak seharus terlalu lama yang boleh menjejaskan pentadbiran negara mahu pun persiapan parti menjelang pilihanraya umum akan datang," katanya.

Kini ‘teori Rahman’ milik siapa?

Friday, April 18th, 2008

Kini ‘teori Rahman’ milik siapa? Mutadha A. Mumtaz | Apr 17, 08 3:48pm

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pasti berada dalam kegusaran yang amat sangat. Kerusi panas yang didudukinya makin dipertikaikan akar umbi. Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin sedang membaca situasi semasa bagi membolehkannya menggantikan tempat Abdullah dengan niat memperbaiki kedudukan Barisan Nasional (BN) di mata rakyat jelata, yang telah memberi amaran awal kepada pemerintah yang sedia ada. Ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, pula buat masa ini, mungkin memendamkan sesuatu yang boleh mencabar kepimpinan Abdullah yang dilihat amat lemah, seperti yang didakwa oleh ayahandanya dalam temubual dengan Malaysiakini.com menjelang hari-hari terakhir pilihanraya umum ke-12.

Jika dianalisis secara mendalam, keputusan pilihanraya itu yang menguntungkan pembangkang akibat faktor Pak Lah sendiri. Ketika bersama wartawan, jawapan Abdullah cukup membosankan - "akan difikirkan". Ditanya tentang pemberian bonus kepada kakitangan, jawapan Abdullah ialah "akan difikirkan". Kakitangan awam, jumlah lebih sejuta orang, masih tertanya-tanya tentang pemberian bonus tanpa ada sebarang penegasan daripada Abdullah. Bagi Mukhriz pula, jagoan baru ini - mungkin belajar memiliki karisma ayahnya - pasti mengocak pucuk pimpinan. Ketakutan Abdullah terhadap kemenangan anak Tun Mahathir Mohamad ini boleh dilihat dengan meletakkannya di kerusi parlimen Jerlun - dengan harapan Mukhriz akan tewas. Percaturan ini silap. Najib perlu melakukan sesuatu bagi mengubah pandangan rakyat kepada BN secara drastik. Makin lama Abdullah dibiarkan berkuasa, makin bergoncang BN. Abdullah sudah hilang pengaruh dalam kalangan orang Cina yang beranggapan Pak Lah seorang yang lena. Orang yang kuat lena, pasti gagal membawa kemajuan dan aliran masuk perkembangan ekonomi.

‘Teori Rahman’ yang sinonim dengan orang Umno, ada kebenarannya. Namun akhir ini sesudah pilihanraya umum ke-12 mungkin dipercayai akan menemui penghujungnya. Huruf A dulunya dianggap milik Datuk Seri Anwar Ibrahim - kurang hampir tepat. Digantikan Abdullah yang diharap oleh semua rakyat akan mengubah senario politik keras Dr Mahathir yang memangsakan Anwar dengan cara yang cukup kejam. Perkembangan 2008 hingga pilihanraya ke-13 berkemungkinan Anwar boleh melakukan sesuatu sekiranya Abdullah kekal memerintah. Anwar diyakini individu yang boleh melakukan kejutan politik setelah tamat tempoh larangan dan sekatan berpolitik.

Apa sahaja boleh berlaku kerana karisma dan penerimaan rakyat terhadapnya sukar diduga. Jika berlaku sedemikian, huruf A dalam ‘teori Rahman’ kembali kepada Anwar dan timbul pertanyaan sesudah itu, huruf N milik siapa?