Archive for December, 2005

Politikus: iszi iskandar menulis…

Thursday, December 8th, 2005

Siapa HEro Pangkalan Pasir ?

keputusan pilihanraya kecil DUN Pangkalan Pasir sudah berakhir.Yang nyata ianya memihak kepada parti pembangkang di kelantan iaitu Barisan Nasional khususnya Umno.kalau diikutkan trek rekod kedua-dua parti yang bertanding Pas dan Umno mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.Namun kalau dikaji balik parti manakah yang dapat memenangi hati penduduk Pangkalan Pasir? Adakah PAS benar-benar ditolak oleh penduduk Pangkalan Pasir dan Umno benar-benar diterima oleh Penduduk Pangkalan Pasir? Dari kaca mata iszi iskandar menulis…

PAS

Parti Islam Semalaysia PAS yang telah bertapak hampir 4 penggal di negeri kelantan sejak memenagi pilihanraya umum pada tahun 1990.Dengan berbekalkan pengalaman memerintah kelantan hampir 15 tahun agak mengejutkan parti ini apabila perginya ADUN PAS Arwahyarham wan abd aziz wan jaafar.Pemergian Adun ini agak memeranjatkan orang -orang kuat Pas diatas beberapa sebab.Sebab pertama penulis tidak mahu mempertikaikan kuasa Illahi yang.Allah lebih sayangkan nyawa beliau.Disini apa yang ingin disentuh oleh penulis adalah, antara sebab yang memeranjatkan pemimpin -pemimpin pas adalah mereka sendiri agak sangsi dengan prestasi parti ini didalam membangunkan kawasan pangkalan pasir.Janji-janji pilihanraya umum dahulu harus diambil kira oleh semua penduduk.Kadang-kadang sudah menjadi permainan politik kuat berjanji akan membela nasib rakyat, namun apa sudah jadi dengan pas di pangkalan pasir.Nyata penduduk Pangkalan pasir inginkan angin perubahan.mana tidaknya jika dilihat dengan majoriti kemenangan Pas pada pilihan raya umum yang lalu, pas hanya menang majoriti dengan dua kemenangan membolehkan kerajaan pas memerintah kelantan.Boleh dikatakan hampir setengah kelantan milik Umno dan setengah milik PAS.Apa yang penulis katakan tentang angin perubahan adalah dimana penduduk pengkalan pasir sudah pasti akan menjenguk kepada kawasan yang ditakbirkan oleh adun Umno.ternyata pembangunan yang ada tidak dapat disangkalkan lagi.jadi inilah angin perubahan yang mereka inginkan.Selain itu penulis memandang kepada masej yang ingin disampaikan oleh pas dikelantan.Berbekalan arus politik yang memperjuangkan islam, ianya bukan lagi senjata yang paling kuat untuk menawan hati penduduk.Slogan anti-islam jika tidak memilih pas sudah tidak diterima penduduk sedangkan penduduk mula sedar yang islam tidak akan berkembang dan maju jika tidak orang islam yang memerintah tidak menjalankan tanggngjawab yang sebenar.Tamparan yang paling hebat adalah buat Tok guru nik aziz.Kedudukan beliau sebagai menter besar hampir tergugat dengan kelebihan satu DUN.Apa yang harus dilakukan oleh kerajaan PAs adalah mangambil iktibar apa yang terjadi dan susah tentu tok guru nik aziz kena berdoa dan kuatkan iman ADUN PAS agar tidak ada yang belot..jika satu atau dua ADUN pas yang belot, maka sekelip mata pas lenyap dari bumi kelantan dan melaysia!Maka sedarlah bahawa rakyat terdahulu sedar kemajuan yang diinginakan.

Umno

Umno kini menambahkan satu lagi kerusi DUN dikelantan.Suara Umno makin lantang di negeri cik siti wan kembang.Dengan ppenuh yakin orang-orang Umno turun ke pangkalan pasir dengan berbekalkan azimat amanat pak lah.Tawan Pangkalan Pasir!Dengan itu amanat yang diterima, maka berduyun-duyunlah orang-orang umno turun bukan sahaja dengan semangat bahkan dengan DUIT YANG BERJUTA-JUTA!!! masakan tidak boleh menang sedangkan sudah berjuta-juta wang dilaburkan hanya dalam masa tidak sampai 2 minggu!!! memang tuah penduduk pangkalan pasir, tiba-tiba tsunami ringgit telah menghempas kawasan mereka.Permainan umno tidak seperti permainan PAs.Permainan Pas hanyalah dengan kata-kata syurga tetapi permainan Umno juga permainan syurga! Bukan syurga al-firdausi tetapi RINGGIT KASORGA!Pelik memang pelik.Dalam sekelip mata penduduk dapat rumah, dapat wang belanja, dapat pembelaan dari kerajaan pusat.Mimpi apakan semua ini. itulah politik.Kata-kata pembangunan dan kemajuan oleh Umno penulis tidak mahu berkata apa-apa.Panulis hanya mahu melihat adakah Umno akan kotakan janji yang telah ditaburkan bersama wang yang banyak.Apa yang dapat disimpulkan oleh penulis adalah didalam dunia ini, sesiapa yang mempunyai ongkos yang banyak..dia lah yang berkuasa.Kenapa? kerana PAs tidak mempunyai peruntukan yang banyak,Kantong pun tak cukup..penulis ingin mengajak pembaca sebentar dengan satu keadaan dimana kita letakkan kan UMNO di kedudukan PAS sekarang dan PAs di kedudukan UMNO..siapa kan menang??

Hero yang sebenar!!

Hero yang sebenar-benarnya didalam percaturan Pengkalan Pasir adalah paru bebas iaitu datu ibrahim ali.bagi penulis beliau lah yang membuat kedua-dua parti PAS dan UMNO tidak menang secara logiknya.Kenapa? kerana beliau membuatkan kita tertanya tanya pas atau umno yang sepatutnya menang? kalau di ikutkan Umno hanya menang 134 undi majoriti dan Ibrahim Ali kalah wang pertaruhan dengan 415 undi! bayangkan kalau ibrahim ali tidak bertanding?? Mungkin juga 415 Undi milik pas dan sekali gus terus mempertahankan DUN pangkalan pasir..So layak lah penulis melebelkan Ibrahim Ali sebagai HERO dalam drama Pangkalan Pasir ini!! walaupun pada pendapat penulis ibrahim ali hanya la sebabi perosak undi! dan jugak perosak melayu..

Mungkin pembaca-pembaca akan tertanya-tanya dimanakah kedudukan penulis yang sebenar? PAS atau UMNO? Bagi penulis, apa yang penting reality tetap reality..penulis tidak memihak pada mana-mana parti politikus ini.cuma penulis hanya ingikan membuat pembaca memikirkan sejenak dengan apa yang penulis coretkan!!!  - iszi iskandar -